Thursday, November 9, 2017

Organ Pernafasan Haiwan

Juga seperti manusia, haiwan menyedut oksigen dan menghembuskan karbon dioksida dan wap air.
Setiap haiwan mempunyai cara pernafasan yang berbeza kerana setiap haiwan mempunyai organ pernafasan yang berbeza.
Organ-organ pernafasan haiwan adalah seperti berikut:
Peparu
  • Kebanyakan haiwan darat dan haiwan akuatik bernafas melalui peparu (lungs).
  • Contoh: katak, buaya, cicak, penyu, kuda, lembu, kambing, ayam, paus, dolfin.
Peparu.
Spirakel
  • Spirakel (spiracles) merupakan liang seni di sisi badan serangga. Udara memasuki spirakel semasa serangga menarik nafas dan keluar melaluinya semasa hembusan nafas.
  • Contoh: rama-rama, lipas, pepatung, belalang, beluncas.
Spirakel pada serangga.
Insang
  • Kebanyakan haiwan akuatik bernafas melalui insang (gill).
  • Udara yang terlarut dalam air memasuki mulut dan mengalir keluar melalui insang.
Ikan bernafas melalui insang.
Kulit lembap
  • Katak dan salamander mempunyai dua organ pernafasan, iaitu melalui peparu dan kulit lembap (moist skin).
  • Cacing tanah bernafas melalui kulit lembap.
  • Haiwan-haiwan ini akan memastikan kulit mereka lembap sepanjang masa.
  • Oksigen daripada udara memasuki badan haiwan-haiwan ini  secara langsung melalui kulit yang lembap.
Katak bernafas melalui peparu dan kulit lembap.



Related Posts:

  • Tahun 4 : Kemahiran Saintifik Ilmu sains adalah merupakan suatu kajian tentang ilmu pengetahuan yang menerangkan tentang fenomena semula jadi di persekitaran kita. Proses pembela… Read More
  • Organ Pernafasan Haiwan Juga seperti manusia, haiwan menyedut oksigen dan menghembuskan karbon dioksida dan wap air. Setiap haiwan mempunyai cara pernafasan yang berbeza … Read More
  • Proses Hidup Manusia Hidupan menjalankan pelbagai proses hidup. Antara proses hidup yang dijalani oleh hidupan adalah seperti berikut: Pernafasan. Perkumuhan. Penya… Read More
  • ISTILAH SAINS TAHUN 4 Dalam mata pelajaran sains , banyak istilah yang digunakan . Jadi, untuk menguasai subjek sains ini. Murid-Murid perlulah memahami istilah sains yan… Read More
  • Tenaga Dan SumbernyaTenagaTenaga adalah keupayaan untuk melakukan kerja. Sumber tenaga ada yang boleh dibaharui dan yang tidak boleh dibaharui. Sumber-sumber te… Read More

1 comment: