Wednesday, June 16, 2021

PDPR Pemeliharaan dan Pemuliharaan

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 😊

Semoga semua anak murid cikgu sihat dan bersedia untuk memulakan PdPR pada hari ini.

🕗 Tarikh : 17/6/2021

🔭 Subjek : Sains

🏋️ Tajuk : Pemeliharaan dan Pemuliharaan


🎬 Sila baca nota dibawah dan tonton video penerangan.


Nota dan Penerangan.

  1. Pemeliharaan bermaksud mengekalkan keadaan asal haiwan dan tumbuhan supaya tidak musnah
  2. Pemuliharaan pula bermaksud mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal supaya boleh dinikmati oleh generasi akan datang
  3. Antara usaha yang dilakukan melalui aktiviti-aktiviti berikut:

Usaha Pemeliharaan :

  • Mendidik masyarakat tentang melindungi haiwan dan tumbuhan yang diancam kepupusan
  • Menganjurkan kempen menentang aktiviti pembakalan dan pemburuan haram
  • Mengelakkan daripada membeli produk yang diperbuat daripada bahagian badan haiwan
  • Mewartakan kawasan hutan tertentu sebagai hutan simpan
  • Mewartakan spesies haiwan dan tumbuhan yang diancam kepupusan sebagai spesies yang dilindungi
  • Menebang pokok terpilih sahaja
  • Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berkenaan perlindungan hidupan
  • Menggazetkan kawasan laut tertentu sebagai taman laut
  • Mewartakan sesetengah kawasan paya bakau sebagai tapak Ramsar

Langkah Pemuliharaan :
  • Mewujudkan pusat pemuliharaan ( rehabilitasi ) haiwan
  • Menanam semula pokok selepas aktiviti pembalakan






0 comments:

Post a Comment