Sunday, November 12, 2023

Hubungan Makanan Antara Hidupan

Hubungan Makanan Antara Hidupan

  • Hidupan dalam sesebuah habitat saling bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan sumber makanan.
  • Matahari merupakan sumber utama dalam ekosistem, diikuti dengan pengeluar dan pengguna.

Pengeluar dan pengguna

  1. Matahari merupakan sumber tenaga utama kerana membekalkan cahaya matahari kepada tumbuhan.
  2. Tumbuhan dikenali sebagai pengeluar, kerana tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis.
  3. Haiwan yang memakan tumbuhan atau haiwan lain dikenali sebagai pengguna, kerana mereka mendapatkan sumber tenaga daripada pihak lain.
  4. Pengguna mendapat tenaga daripada makanan yang dimakan sama ada buah-buahan atau haiwan lain. Hal ini boleh juga dikenali sebagai hubungan perpindahan tenaga
  5. Anak panah -> dalam suatu rantai makanan juga menunjukkan aliran perpindahan tenaga
  6. Berdasarkan jenis makanan yang dimakan, haiwan boleh dikelaskan kepada 3 kumpulan:
  • Herbivor – Haiwan yang memakan tumbuhan.
  • Karnivor – Haiwan yang memakan haiwan lain.
  • Omnivor – Haiwan yang memakan kedua-dua tumbuhan dan haiwan lain.


Rantai makanan

  • Rantai makanan adalah hubungan makanan antara hidupan.
  • Anak panah -> bermaksud “dimakan oleh”.
  • Sebagai contoh: Buah-buahan -> Tupai -> Ular -> Helang

Siratan makanan
  • Siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan dalam suatu habitat.
  • Di satu habitat, terdapat beberapa rantai makanan yang wujud.
  • Berdasarkan beberapa rantai makanan tersebut, kita boleh menggabungkannya untuk membentuk siratan makanan.

Related Posts:

  • PDPR Pemeliharaan dan Pemuliharaan Assalamualaikum dan selamat sejahtera 😊Semoga semua anak murid cikgu sihat dan bersedia untuk memulakan PdPR pada hari ini.🕗 Tarikh : 17/6/202… Read More
  • PDPR : Daya - Sains Tahun 6Assalamualaikum dan selamat sejahtera 😊Semoga semua anak murid cikgu sihat dan bersedia untuk memulakan PdPR pada hari ini.🕗 Tarikh : 17/6/2021🔭 Su… Read More
  • PENGAWETAN MAKANAN Kerosakan Makanan1. Makanan menjadi rosak akibat tindakan bakteria & kulat.2. Ciri-ciri makanan yang rosak:a) mempunyai bau yang tidak menye… Read More
  • Hubungan Makanan Antara HidupanHubungan Makanan Antara HidupanHidupan dalam sesebuah habitat saling bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan sumber makanan.Matahari merupa… Read More
  • INTERAKSI ANTARA HAIWAN 16.00 Interaksi Antara Haiwan Interaksi ialah perhubungan aktif antara hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain.  Haiwan … Read More

0 comments:

Post a Comment