Monday, January 15, 2018

Brosur Aktiviti Panitia Sains

Berikut adalah brosur / pamphlet mengenai aktiviti Panitia Sains. Dikongsikan oleh Cikgu Nur Hikmah di Facebook Group Sains . Kredit kepada beliau atas perkongsian ini.
Brosur ini dibuat menggunakan Microsoft Publisher, oleh itu guru-guru yang yang menggunakannya perlu mempunyai perisian MS Publisher di komputer masing-masing.



Direct link Google Drive :

Monday, January 8, 2018

KPS2 : Mengelas

Set Induksi


Set Induksi : Membuat pemerhatian

  • 3 orang murid dipih ke hadapan kelas
  • murid-murid membuat pemerhatian dan menyatakan persamaan dan perbezaan :
    • ketinggian
    • jantina
    • warna baju

 Aktiviti 1 : Aktiviti Lapangan

Taman Herba SK Relang

  • Murid ke lapangan sekolah / Taman Herba dan mengambil pelbagai jenis daun
  • murid membuat pemerhatian pada daun dan menyatakan ciri sepunya 
  • guru membimbing murid memilih ciri sepunya yang sesuai iaitu Jenis Urat Daun.

 Aktiviti 2 : Mengelas


  • murid melekatkan daun pada polisterin dihadapan kelas mengikut ciri sepunya

Aktiviti 3 : Membuat Peta Pokok



Aktiviti 4 : Pembentangan



 

Penutup : Latihan dan Kesimpulan




  •  Guru mengedarkan lembaran kerja.
  • Murid menyatakan mengelas adalah 'Menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri yang sama'

Wednesday, January 3, 2018

MODUL SAINS PDP

BAHAN DOWNLOAD MODUL SAINS PDP

 

 E-book Modul Pdp Sains ini mengandungi cadangan pengajaran lengkap dengan RPH, Aktiviti dan Lembaran Kerja. Sesuai bagi guru-guru yang baru memegang jawatan guru subjek Sains untuk mendapatkan idea merancang Pdp . Bagi guru yang telah lama pula, mungkin boleh menggunakan bahan lembaran kerja yang telah siap tersedia.

 










Tuesday, January 2, 2018

KPS : MEMBUAT PEMERHATIAN

  1. Kemahiran Proses Sains yang pertama adalah Memerhati.
  2. Kita membuat pemerhatian mengunakan 5 deria iaitu :
    1. Melihat : Warna, bentuk
    2. Mendengar : bising, senyap
    3. Bau : berbau, tidak berbau
    4. Rasa : manis, masin, masam. tawar, pahit
    5. Sentuhan : licin, kasar, sejuk, panas  

Cara Membuat Pemerhatian

1. Jika objek hanya 1, kita perhati dan ceritakan kembali apa yang dilihat menggunakan 5 deria.
    Contoh :
2. Jika terdapat 2 objek, maka kita perlu membuat perbandingan menggunakan parameter yang
    sesuai. Contoh :
  1. Pensel A lebih panjang berbanding pensel B.
  2. Mentol pada Litar X lebih cerah berbanding mentol pada litar Y.
  3. Saiz ikan pada akuarium A lebih besar berbanding saiz ikan dalam akuarium B.
3. Jika terdapat 3 atau lebih objek, kita boleh menggunakan perkataan paling. Contoh :


Bahan Download :

Format PDF : https://drive.google.com/open?id=1w9fP2O-W0l10Tfk4w1lW_y8SFtt8z6zV


Format MS Powerpoint dan boleh di edit :
https://drive.google.com/open?id=1gV12X8dVO60d1U87dtEJtVln2pHl3DPi

Monday, January 1, 2018

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS

Setiap awal tahun tidak terlepas untuk setiap guru mengadakan mesyuarat. Berikut adalah Minit Mesyuarat Panitia Sains yang dikongsikan melalui Telegram. Terima kasih guru-guru yang menyumbang...

Minit Mesyuarat Kali 1



Download Minit Mesyuarat Panitia Sains Kali 1 format MS Word :
https://drive.google.com/open?id=1dc4iGLnjR6xnv4w9-OPlCosh4mbpQQr7

RPH TMK 456 SIAP SETAHUN

Bahan-bahan ini dikumpulkan daripada rakan-rakan guru yang menyumbang dan berkongsi di pelbagai platform seperti Telegram, Facebook dan Whatsapp. Saya cuma mengumpulkannya di satu tempat untuk memudahkan rujukan sendiri dan juga rakan-rakan. Mudah-mudahan pahala berganda kepada tuan punya bahan...

LINK GOOGLE DRIVE DIRECT :

RANC MENGAJAR HARIAN TMK THN 4.doc

RPT TMK T6 selang seminggu dgn rbt.docx 

RPH TMK THN 6 SETAHUN.docx 

RPH TMK TAHUN 5.zip