Sunday, November 12, 2023

Tenaga Dan Sumbernya

Tenaga

  1. Tenaga adalah keupayaan untuk melakukan kerja. 
  2. Sumber tenaga ada yang boleh dibaharui dan yang tidak boleh dibaharui. 
  3. Sumber-sumber tenaga ini penting bagi manusia menjalankan kehidupan seharian. 
  4. Tenaga tidak dapat diciptakan atau dihancurkan; namun boleh dipindahkan atau diubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain.


Sumber Tenaga

  1. Tenaga adalah keupayaan untuk melakukan kerja
  2. Tenaga dapat diperoleh daripada pelbagai sumber seperti:

    • Matahari
    • Air
    • Angin
    • Nuklear
    • Ombak
    • Bahan Api Fosil
    • Biojisim
    • Geoterma

Bentuk Tenaga



Hubungan Makanan Antara Hidupan

Hubungan Makanan Antara Hidupan

  • Hidupan dalam sesebuah habitat saling bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan sumber makanan.
  • Matahari merupakan sumber utama dalam ekosistem, diikuti dengan pengeluar dan pengguna.

Pengeluar dan pengguna

  1. Matahari merupakan sumber tenaga utama kerana membekalkan cahaya matahari kepada tumbuhan.
  2. Tumbuhan dikenali sebagai pengeluar, kerana tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis.
  3. Haiwan yang memakan tumbuhan atau haiwan lain dikenali sebagai pengguna, kerana mereka mendapatkan sumber tenaga daripada pihak lain.
  4. Pengguna mendapat tenaga daripada makanan yang dimakan sama ada buah-buahan atau haiwan lain. Hal ini boleh juga dikenali sebagai hubungan perpindahan tenaga
  5. Anak panah -> dalam suatu rantai makanan juga menunjukkan aliran perpindahan tenaga
  6. Berdasarkan jenis makanan yang dimakan, haiwan boleh dikelaskan kepada 3 kumpulan:
  • Herbivor – Haiwan yang memakan tumbuhan.
  • Karnivor – Haiwan yang memakan haiwan lain.
  • Omnivor – Haiwan yang memakan kedua-dua tumbuhan dan haiwan lain.


Rantai makanan

  • Rantai makanan adalah hubungan makanan antara hidupan.
  • Anak panah -> bermaksud “dimakan oleh”.
  • Sebagai contoh: Buah-buahan -> Tupai -> Ular -> Helang

Siratan makanan
  • Siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan dalam suatu habitat.
  • Di satu habitat, terdapat beberapa rantai makanan yang wujud.
  • Berdasarkan beberapa rantai makanan tersebut, kita boleh menggabungkannya untuk membentuk siratan makanan.