Sunday, November 12, 2023

Tenaga Dan Sumbernya

Tenaga

  1. Tenaga adalah keupayaan untuk melakukan kerja. 
  2. Sumber tenaga ada yang boleh dibaharui dan yang tidak boleh dibaharui. 
  3. Sumber-sumber tenaga ini penting bagi manusia menjalankan kehidupan seharian. 
  4. Tenaga tidak dapat diciptakan atau dihancurkan; namun boleh dipindahkan atau diubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain.


Sumber Tenaga

  1. Tenaga adalah keupayaan untuk melakukan kerja
  2. Tenaga dapat diperoleh daripada pelbagai sumber seperti:

    • Matahari
    • Air
    • Angin
    • Nuklear
    • Ombak
    • Bahan Api Fosil
    • Biojisim
    • Geoterma

Bentuk Tenaga



Hubungan Makanan Antara Hidupan

Hubungan Makanan Antara Hidupan

  • Hidupan dalam sesebuah habitat saling bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan sumber makanan.
  • Matahari merupakan sumber utama dalam ekosistem, diikuti dengan pengeluar dan pengguna.

Pengeluar dan pengguna

  1. Matahari merupakan sumber tenaga utama kerana membekalkan cahaya matahari kepada tumbuhan.
  2. Tumbuhan dikenali sebagai pengeluar, kerana tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis.
  3. Haiwan yang memakan tumbuhan atau haiwan lain dikenali sebagai pengguna, kerana mereka mendapatkan sumber tenaga daripada pihak lain.
  4. Pengguna mendapat tenaga daripada makanan yang dimakan sama ada buah-buahan atau haiwan lain. Hal ini boleh juga dikenali sebagai hubungan perpindahan tenaga
  5. Anak panah -> dalam suatu rantai makanan juga menunjukkan aliran perpindahan tenaga
  6. Berdasarkan jenis makanan yang dimakan, haiwan boleh dikelaskan kepada 3 kumpulan:
  • Herbivor – Haiwan yang memakan tumbuhan.
  • Karnivor – Haiwan yang memakan haiwan lain.
  • Omnivor – Haiwan yang memakan kedua-dua tumbuhan dan haiwan lain.


Rantai makanan

  • Rantai makanan adalah hubungan makanan antara hidupan.
  • Anak panah -> bermaksud “dimakan oleh”.
  • Sebagai contoh: Buah-buahan -> Tupai -> Ular -> Helang

Siratan makanan
  • Siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan dalam suatu habitat.
  • Di satu habitat, terdapat beberapa rantai makanan yang wujud.
  • Berdasarkan beberapa rantai makanan tersebut, kita boleh menggabungkannya untuk membentuk siratan makanan.

Wednesday, July 28, 2021

PENGAWETAN MAKANAN

 Kerosakan Makanan

1. Makanan menjadi rosak akibat tindakan bakteria & kulat.

2. Ciri-ciri makanan yang rosak:
a) mempunyai bau yang tidak menyenangkan (berbau busuk)
b) mempunyai rasa yang tidak menyenangkan
c) berubah warna
d) berubah tekstur
e) berkulat

3. Bakteria & kulat bertumbuh dengan mudah atas makanan yang
lembap & terdedah kepada udara.

4. Jika makan makanan yang rosak, kita akan mendapat keracunan makanan. 
Tanda-tanda (simptom) keracunan makanan ialah:
a) sakit perut
b) muntah
c) cirit-birit


Keadaan untuk Mikroorganisma Tumbuh
1. Mikroorganisma memerlukan keadaan yang sesuai untuk bertumbuh & membiak iaitu:
a) udara
b) air
c) nutrien
d) suhu yang sesuai (5°C - 65°C)
e) keasidan yang sesuai

2. Bakteria & kulat bertumbuh dengan mudah dalam keadaan panas & lembap, kawasan yang gelap (tidak bercahaya) serta keasidan yang sesuai.

Kaedah Pengawetan Makanan

1. Pengawetan makanan = proses melambatkan makanan daripada menjadi rosak.

2. Kita boleh mengawet makanan dengan membunuh bakteria & kulat.

3. Kita boleh membuatkan persekitaran yang tidak sesuai untuk mikroorganisma bertumbuh.

4. Kita mengawet makanan dengan cara:
a) menyimpan makanan dalam keadaan kering,
b) menyimpan makanan dalam keadaan panas/ sejukbeku,
c) menyimpan makanan dalam keadaan kedap udara.







Kepentingan Pengawetan Makanan
1. Makanan tahan lama.
2.
Mengelakkan pembaziran. Makanan berlebihan boleh disimpan di dalam peti sejuk.
3. Makanan
mudah disimpan.
4. Makanan
boleh dinikmati walaupun pada luar musim.
5. Makanan
boleh dieksport ke luar negara. Hal ini dapat membantu meningkatkan ekonomi negara.
Bahkan kita juga boleh menikmati makanan dari negara lain.

Tuesday, July 27, 2021

PDPR Tahun 2 : Unit 5 - Tumbuh-tumbuhan

Bahan PDPR ini dsiapkan dalam bentuk Google Form.

Assalamualaikum

🕗 Tarikh : 28/7/2021
🔭 Subjek : SAINS
🐰 Tajuk : Kepentingan Tumbuhan

1. Untuk nota, penerangan dan latihan : https://forms.gle/moSTTGBZrtxT8ose7
2. Buat latihan dalam buku aktiviti : muka surat 29
3. Boleh PM saya untuk bantuan. Terima kasih.
4. Selamat belajar


PDPR TAHUN 2 - Unit 4 - Kitar Hidup Haiwan



Bahan ini adalah dalam bentuk Google Form.

Assalamualaikum
🕗 Tarikh : 14/7/2021
🔭 Subjek : SAINS
🐰 Tajuk : Kitar Hidup Haiwan


1. Untuk nota, penerangan dan latihan : https://forms.gle/Ah7v8uutXPB6JXB37
2. Boleh PM saya untuk bantuan. Terima kasih.
3. Selamat belajar



PDPR TAHUN 1 - UNIT 5 BAHAGIAN TUMBUHAN

Bahan PDPR ini disiapkan dalam bentuk Google Form.

Assalamualaikum 
🕗 Tarikh : 28/7/2021 
🔭 Subjek : SAINS 
🐰 Tajuk : BAHAGIAN TUMBUHAN 

1. Buat latihan dalam buku aktiviti : muka surat 35 
2. Nota dan penerangan : https://forms.gle/98Urib2yGBsyhcgb8 
3. Boleh PM saya untuk bantuan. Terima kasih. 
4. Selamat belajar