Wednesday, July 28, 2021

PENGAWETAN MAKANAN

 Kerosakan Makanan

1. Makanan menjadi rosak akibat tindakan bakteria & kulat.

2. Ciri-ciri makanan yang rosak:
a) mempunyai bau yang tidak menyenangkan (berbau busuk)
b) mempunyai rasa yang tidak menyenangkan
c) berubah warna
d) berubah tekstur
e) berkulat

3. Bakteria & kulat bertumbuh dengan mudah atas makanan yang
lembap & terdedah kepada udara.

4. Jika makan makanan yang rosak, kita akan mendapat keracunan makanan. 
Tanda-tanda (simptom) keracunan makanan ialah:
a) sakit perut
b) muntah
c) cirit-birit


Keadaan untuk Mikroorganisma Tumbuh
1. Mikroorganisma memerlukan keadaan yang sesuai untuk bertumbuh & membiak iaitu:
a) udara
b) air
c) nutrien
d) suhu yang sesuai (5°C - 65°C)
e) keasidan yang sesuai

2. Bakteria & kulat bertumbuh dengan mudah dalam keadaan panas & lembap, kawasan yang gelap (tidak bercahaya) serta keasidan yang sesuai.

Kaedah Pengawetan Makanan

1. Pengawetan makanan = proses melambatkan makanan daripada menjadi rosak.

2. Kita boleh mengawet makanan dengan membunuh bakteria & kulat.

3. Kita boleh membuatkan persekitaran yang tidak sesuai untuk mikroorganisma bertumbuh.

4. Kita mengawet makanan dengan cara:
a) menyimpan makanan dalam keadaan kering,
b) menyimpan makanan dalam keadaan panas/ sejukbeku,
c) menyimpan makanan dalam keadaan kedap udara.







Kepentingan Pengawetan Makanan
1. Makanan tahan lama.
2.
Mengelakkan pembaziran. Makanan berlebihan boleh disimpan di dalam peti sejuk.
3. Makanan
mudah disimpan.
4. Makanan
boleh dinikmati walaupun pada luar musim.
5. Makanan
boleh dieksport ke luar negara. Hal ini dapat membantu meningkatkan ekonomi negara.
Bahkan kita juga boleh menikmati makanan dari negara lain.

0 comments:

Post a Comment