Thursday, November 9, 2017

Organ Pernafasan Haiwan

Juga seperti manusia, haiwan menyedut oksigen dan menghembuskan karbon dioksida dan wap air.
Setiap haiwan mempunyai cara pernafasan yang berbeza kerana setiap haiwan mempunyai organ pernafasan yang berbeza.
Organ-organ pernafasan haiwan adalah seperti berikut:
Peparu
  • Kebanyakan haiwan darat dan haiwan akuatik bernafas melalui peparu (lungs).
  • Contoh: katak, buaya, cicak, penyu, kuda, lembu, kambing, ayam, paus, dolfin.
Peparu.
Spirakel
  • Spirakel (spiracles) merupakan liang seni di sisi badan serangga. Udara memasuki spirakel semasa serangga menarik nafas dan keluar melaluinya semasa hembusan nafas.
  • Contoh: rama-rama, lipas, pepatung, belalang, beluncas.
Spirakel pada serangga.
Insang
  • Kebanyakan haiwan akuatik bernafas melalui insang (gill).
  • Udara yang terlarut dalam air memasuki mulut dan mengalir keluar melalui insang.
Ikan bernafas melalui insang.
Kulit lembap
  • Katak dan salamander mempunyai dua organ pernafasan, iaitu melalui peparu dan kulit lembap (moist skin).
  • Cacing tanah bernafas melalui kulit lembap.
  • Haiwan-haiwan ini akan memastikan kulit mereka lembap sepanjang masa.
  • Oksigen daripada udara memasuki badan haiwan-haiwan ini  secara langsung melalui kulit yang lembap.
Katak bernafas melalui peparu dan kulit lembap.



1 comment: